Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Di sini saya sertakan beberapa contoh kad petikan yang saya gunakan untuk program pemantapan bacaan bagi murid-murid pemulihan khas. Tujuan saya mengadakan program ini adalah sebagai satu aktiviti pengukuhan bagi murid pemulihan yang sudah menguasai kemahiran membaca. Malah program ini dapat membantu murid-murid ini membaca dengan lebih lancar dan memahami petikan yang dibaca. Ini secara tidak langsung akan menambah keyakinan diri mereka dan bersedia untuk belajar bersama dengan rakan -rakan yang lain di dalam kelas arus perdana.